SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

17 June 2011

TAWARAN PELAWAAN SEBAGAI CALON PENULIS PAKEJ BUKU TEKS SEKOLAH RENDAH UNTUK TAHUN KEGUNAAN MULAI TAHUN 2013

Surat siaran dari Dewan Bahasa Dan Pustaka bil. DPB/429/100-1/1/1/59(21) bertarikh 13 Mei, 2011 dan surat iringan dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Ups)/153/02/13/07/Jld.11(28) bertarikh 15 Jun 2011 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menerbitkan pakej buku teks sekolah rendah untuk kegunaan mulai tahun 2013.

Sehubungan dengan itu, DBP akan mengiklankan tawaran pelawaan sebagai calon penulis bagi pakej buku teks yang tersebut melalui siaran akbar The Star pada 14 Mei, 2011, Mingguan Malaysia, Berita Mingguan pada 15 Mei 2011 dan Utusan Malaysia, Berita Harian dan The Star pada 18 Mei, 2011 bagi tujuan pemilihan calon penulis melalui kaedah pertandingan. Selain iti DBP juga akan menyiarkan perincian iklan yang tersebut melalui laman sesawang DBP, iaitu http://dbp.gov.my bermula pada 15 Mei 2011

Bagi guru yang berminat sila dapatkan salinan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat.

No comments: