SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

07 February 2012

PENGOPERASIAN STANDARD GURU MALAYSIA 2012

Surat iringan dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia bil. KP(BPG)9577/600/164(01) bertarikh 16 Januari 2012 dan surat iringan dari Pejabat Pelajaran Daerah Sibu bil.JPS(W)/PPDS(ujq)/153/07/04/13/02/Jld.2(72) bertarikh 03 Februari, 2012 bekenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru (BPG) KPM sedang melaksanakan Pengoperasian Standard Guru Malaysia (SGM) kepada semua warga pendidik. SGM menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru di samping bertindak sebagai panduan dan rujukan kepada guru dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti.
Untuk makluman semua guru, merujuk kepada surat bil KP(BPG)9099/876/Jld.2(144) bertarikh 08hb November 2011 mengarahkan semua warga pendidik supaya membuat penarafan kendiri dengan menjawab item-item yang terkandung dalam instrument SGM. Maklum balas secara talian ini hendaklah dibuat secara jujur agar penilaian yang tepat terhadap pencapaian standard keguruan masing-masing dapat diperolehi. Tempoh pengisian instrument berlangsung sehingga 31hb Disember, 2011. Maklum balas ini amat penting dan diperlukan oleh pihak BPG bagi tujuan merangka program peningkatan profesionalisme perguruan.

Bagaimanapun, bilangan maklum balas yang diterima daripada warga pendidik masih belum mencapai sasaran yang diharapkan. Sehubungan dengan itu pihak BPG memohon kerjasama baik semua warga pendidik supaya  maklumat ini dapat diisi sebelum 31hb Mac 2012. Maklumat dan instrument SGM dalam talian ini boleh dicapai menerusi URL: http://apps.moe.gov.my/sgm

No comments: