SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

14 March 2012

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU TELATIH DALAM DAERAH/ANTARA DAERAH/BAHAGIAN/NEGERI SECARA ATAS TALIAN (e-GTukar) BAGI SEK REN. DAN SEK MEN. JUN 2012

Surat siaran dari Pejabat Pelajaran Daerah Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Ups)/153/08/13/07/02/Jld.4(13) bertarikh 08 Mac 2012 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri / Bahagian (KPM) dan Dalam Negeri (Antara Daerah dan Dalam Daerah) bagi pertukaran Jun 2012 melalui Sistem e-GTukar akan dibuka mulai 01 hingga 30 April 2012 yang boleh dicapai melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my atau http://apps.moe.gov.my/epgo.
Permohonan pertukaran melalui sistem e-GTukar ini dibuka kepada guru yang berada dalam Gred DGA29, DG41, DGA32(KUP time base), DG44 (KUP time based) dan DG48 (KUP time based). Sementara permohonan pertukaran guru yang memegang jawatan hakiki naik pangkat Gred DGA32, DGA34, DG44 dan DG48 (termasuk gred jawatan pemangkuan) perlu memohon secara manual dengan menggunakan borang offline. Borang tersebut boleh dimuat turun dari laman web KPM yang sama dan dihantar melalui sekolah ke Jabatan ini (u.p Unit Kenaikan Pangkat, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan) / bahagian (KPM) yang berkenaan untuk dimajukan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM.
Dimaklumkan semua pertukaran guru kekal dilaksanakan secara berjadual 2 kali setahun iaitu pada awal tahun (1 Januari) dan pertengahan tahun (1 Jun). 
Bagi guru yang berminat untuk membuat permohonan dan untuk mendapatkan maklumat terperinci, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat.

No comments: