SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

10 September 2012

MAKLUMAN TERKINI SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU (SPLG) 2012 PENGISIAN MAKLUMAT SECARA ATAS TALIAN - MODUL e-PROFILE

Surat dari PPD Sibu Bil. JPS(W)PPDS(upa)153/06/03/03(02) berkenaan perkara tersebut di atas berkaitan.

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah membangunkan Modul e-Profile dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat kepakaran dan data asas warga pendidik disamping menyediakan maklumat-maklumat asas bagi pembangunan modul Continous Professional Development (CPD)

Sehubungan dengan itu, semua guru dikehendaki mengemaskini maklumat di dalam Portal e-SPLG melalui Modul Individu (sila klik di paparan e-Profile) pada atau sebelum 10 September 2012. Pengetua / Guru Besar / SULDP adalah dipohon untuk mengesahkan maklumat yang dimasukkan oleh guru-guru menerusi modul SULDP

Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Jerome Harry di talian 084-330544 (Pej) / 019-8491215 (h/p) untuk penerangan lanjut.

No comments: