SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

20 February 2013

LAMAN WEB “ENGAGING MALAYSIAN SCHOOL IN ENGLISH”(EMSE)



Salam sejahtera semua Warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari PPD Sibu bil. JPS(w)/PPDS(upa)/153/06/08/17(01) bertarikh 18 Februari, 2013 dan surat siaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia bil KP(BPK)700-10 Jld.3(14) bertarikh 23 Januari 2013 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak British Council Malaysia dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah siap membangunkan satu laman web yang dikenali sebagai “Engaging Malaysian Schools In English” (www.emse.com.my). Laman web ini dibangunkan sebagai salah satu inisiatif untuk menjayakan dasar MBMMBI.

Pihak sekolah berharap semua guru bahasa Inggeris sekolah dapat mendaftar sebagai ahli laman web tersebut dan mengoptimunkan penggunaannya bagi membantu meningkatkan profesionalisme mereka.

Sebarang pertanyaan tentang laman web tersebut boleh diajukan kepada Encik Rosdy B. Wahid di talian 03-88842089 atau 03-88842336

No comments: