SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

26 February 2014

PENANGGUHAN TAKLIMAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua staf SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(UPP)/153/06/04/017/10/Jld.5(11) bertarikh 24 Februari 2014 & Surat siaran dari Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bil. KP/KPPM/LPM/JLD3(12) bertarikh 17 Februari 2014 kedua-duanya berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Intipati surat siaran tersebut adalah seperti berikut:

Dimaklumkan bahawa, susulan daripada pengumuman YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan pada 12 Februari 2014 supaya kaedah pelaksanaan PBS dikaji semula, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil tindakan untuk mengadakan bengkel bagi mengkaji kefahaman dan kebolehlaksanaan PBS di semua peringkat. Hasil daripada bengkel tersebut, KPM akan mengeluarkan dokumen panduan yang komprehensif dan dipersetujui oleh semua pihak untuk dirujuk oleh guru serta ibu bapa.

Sehubungan dengan itu, semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah diarah untuk menangguhkan sebarang taklimat berkaitan PBS. Hal ini adalah untuk mengurangkan kekeliruan berterusan dalam kalangan pelaksana dan juga ibu bapa tentang kaedah penilaian murid yang dilaksanakan di bawah dasar pelaksanaan PBS

Justeru, semua pihak yang terlibat hendaklah mengambil tindakan segera dengan serta merta menangguhkan semua taklimat berkaitan PBS dan meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran serta penilaian murid seperti yang dihasratkan dalam objektif mata pelajaran.

No comments: