SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

05 July 2011

PELAKSANAAN PENGGUNAAN SISTEM E-TUKAR BUKAN GURU MENGGANTIKAN PERMOHONAN PERTUKARAN MANUAL JAWATAN BUKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Surat siaran dari  KPM bil KP(PP)0045/153/1 (16) bertarikh 23 Februari 2011 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) telah membangun satu sistem permohonan pertukaran secra atas talian menggantikan permohonan secara manual.Permohonan pertukaran secara atas talian berkenaan dijangka dapat mengurangkan bebanan dan membuat penambahbaikan dalam mengedalikan urusan permohonan pertukaran yang dikemukan oleh pemohon disamping dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan Kementerian.

Sehubungan itu, tarikh akhir permohonan secara manual hanya akan diterima oleh pihak BPSM sehingga 28 Februari 2011. Jesteru itu, permohonan manual yang masih diterima selepas tarikh di atas adalah disyorkan untuk memohon semula secara atas talian yang akan dibuka mulai  01 April 2011
Bagi staf sokongan sekolah yang ingin membuat pertukaran, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut, salinan carta Alir Kerja Proses dan salinan Jadual Perlaksanaan Sistem E-Tukar dari PT sekolah pada waktu pejabat sebagai rujukan.

No comments: