SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

05 July 2011

TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) AMBILAN KHAS TAHUN 2011 DI BAWAH RMKe-10

Surat siaran dari Bahagian Pendidikan Guru bil KP(BPG)9115/600/2/6 Jld.5(33)  bertarikh 06 Jun 2011 bekenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan, Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerima kelulusan pelanjutan had umur dari 46 tahun ke 47 tahun bagi mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Program ini bertujuan memberi peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) meningkatkan kelayakan akademik ke peringkat ijazah sarjana muda di samping memenuhi keperluan guru siswazah di sekolah rendah dan menengah.

Sehubungan dengan itu KPM menawarkan program tersebut yang akan dilaksanakan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di seluruh negara.

Tempoh pengajian bagi program tersebut ialah selama empat (4) tahun.

Program pensiswazahan Guru ditawarkan kepada PPPBS yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan KPM serta memenuhi syarat dan kelayakan asas seperti berikut.

1. Warga negara Malaysia
2. Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan
3. Telah disahkan dalam jawatan pada lantikan pertama
4. Berumur 46 tahun (lahir tahun 1965) dan berumur 47 tahun (lahir tahun 1964) pada tahun 2011
5. Telah memilih opsyen persaraan wajib 58 tahun.
6. Tidak berdaftar dengan mana-mana institusi pengajian sebagai pelajar sepenuh masa/separuh masa/sambilan dengan tajaan KPM
7. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum
8. Sihat fizikal dan mental
9. Mempunyai purata markah laporan prestasi perkhidmatan yang baik bagi 3 tahun yang terkini'
10.Bebas dari tindakan tatatertib

Maklumat lanjut serta tatacara permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang KPM di alamat http://www. moe.gov.my dan laman portal BPG di alamat http://apps1.moe.gov.my/bpg mulai 13 Jun 2011

No comments: