SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

18 October 2012

SURAT SIARAN PERMOHONAN PROGRAM SIJIL KELAYAKAN PROFESIONAL UNTUK PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) BAGI TAHUN 2013 ANJURAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI (IAB)

Surat siaran dari IAB bil KP.IAB.04/07/002/02.Jld 5 (16) bertarikh 24 September 2012 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk dan berkaitan.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Institut Aminuddin Baki (IB) akan menganjurkan Program Kelayakan Profesional Untuk Pemimpin Pendidikan Kebangsaan/National Profesional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) di bawah Program Latihan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Akademik 2012 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang layak. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan dan menggunakan kaedah bersemuka (face to face) dan juga e-learning. Ini membolehkan peserta menjalani kursus ini tanpa perlu memohon cuti belajar dan melepaskan jawatan hakiki yang disandang.

Sehubungan dengan itu adalah dimaklumkan bahawa IAB akan membuka permohonan program NPQEL bagi tahun 2013 mulai 26 September, 2012. Permohonan ini dibuka sepanjang tahun secara talian di http://www,iab.moe.gov.my/npqel. Ambilan bagi kursus ini akan dibuat sebanyak dua (2) kali setahun.

Sasaran peserta adalah kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat di sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan di Bahagian-Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bagi guru-guru yang berkelayakan dan berminat, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan program ini bolehlah menghubungi terus urus setia di talian 03-61056137 / nikmarini@iab.edi.my atau di talian 03-61056296

No comments: