SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

19 October 2012

PELAKSANAAN INSTRUMENT PENGESANAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN (IPMBDP) DAN INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA (ISD) KOHORT 2 DAN 3 TAHUN 2012

Surat siaran dari JPN Sarawak bil JPS(W)/SPKPS(PKHAS)/153/06/05/17/Jld.4(5) bertarikh 15 Oktober, 2012 dan surat iringan dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Ups)/153/06/09/08/Jld.6(04) bertarikh 17 Oktober, 2012 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa selepas murid Kohort 2 (Tahun2) dan Kohort 3 (Tahun 1) ini menduduki Saringan 6 dan 3, Guru Pemulihan perlu melaksanakan Instrumen Pengesahan Murid Bermasalah Dalam Pengajaran (IPMBDP) dan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) kepada murid LINUS Kohort 2 dan 3 yang masih berada di konstruk 1 dan 2

Oleh itu, mohon semua guru kelas dan guru matapelajaran berkerjasama dengan guru pemulihan  sekolah untuk mentadbir instrumen tersebut terhadap murid-murid yang berkenaan mulai 17 hingga 22 Oktober, 2012. "Softcopy" rumusan yang telah dilengkapisi hendaklah diserah kepada pihak sekolah (Pen. Kanan Pentadbiran) pada atau sebelum 24 Oktober, 2012 bagi membolehkan pihak sekolah membuat rumusan dan dihantar kepada PPD Sibu pada 25 Oktober, 2012

"Softcopy" rumusan boleh dimuat rurun dari www.edusibu.gov.my

No comments: