SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

28 November 2012

KAJIAN PENGGUNAAN ISTILAH DAN PERKATAAN SAINS DAN MATEMATIK DI LAMAN WEB KPM


Kepada semua guru Matematik & Sains SK SEDC, Sibu,

Surat siaran dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(UPK)/153/02/11/06 Jld.15(33) bertarikh 23 Oktober, 2012 dan surat siaran dari Pengarah, Bahagian Buku Teks, KPM bil. KP.BT 8835/Jld.5/(54) bertarikh 28 September 2012 mengenai perkara tersebut di atas dirujuk.

Untuk makluman semua, Bahagian Buku Teks (BBT) sedang melaksanakan kajian berkaitan dengan penggunaan perkataan dan daftar istilah sains dan matematik yang dimuatnaik di laman web BBT Kementerian Pelajaran Malaysia.Sampel bagi kajian ini meliputi semua guru sains dan matematik yang mengajar di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Sehubungan dengan itu, semua guru sains dan matematik sekolah rendah dan menengah dipohon untuk melayari laman web BBT (www.moe.gov.my/bbt/) dan melengkapi soal selidik secara atas talian.
Sila klik pada ikon "Kajian Penggunaan Istilah dan Perkataan Sains dan matematik" untuk capaian kepada borang soal selidik.

No comments: