SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

07 November 2012

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR SK SEDC, SIBU KE 16, 2012

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SK SEDC, Sibu ke-16 tahun 2012 telah diadakan di kantin sekolah pada 07 November, 2012 mulai jam 8.00 pagi dan majlis tersebut telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK SEDC, Sibu  Encik Ismail bin Dikoh. Seramai 91 orang pelajar tahun enam telah menerima sijil berhenti sekolah tahun ini. Selain itu seramai 51 orang pelajar PRA Sekolah yang berumur 6 tahun telah juga menerima sijil tamat PRA Sekolah masing-masing.Dalam majlis tersebut, pelajar-pelajar yang cemerlang dalam Kokurikulum mewakili Daerah, Bahagian & Negeri juga menerima pengiktirafan mereka. Para hadirin yang hadir dalam majlis tersebut termasuk Ibu-bapa pelajar juga dihiburkan dengan pelbagai persembahan  menarik yang dipersembahankan oleh pelajar-pelajar dari PRA sekolah hingga ke Tahun Enam.

Terima kasih kepada semua staf SK SEDC, Sibu yang bertungkus membuat persediaan untuk menjayakan majlis tersebut. Ucapan yang serupa juga diberi kepada para Ibu bapa pelajar termasuk ahli-ahli PIBG sekolah yang telah memberi kerjasama dan sokongan menjayakan majlis ini.
Muka Depan Buku Program

Pentas Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SK SEDC, Sibu Tahun 2012
YDP SK SEDC, Sibu menyampaikan ucapan perasmian
Para staf sekolah yang bertugas di belakang tabir menjayakan majlis tersebut
Para pelajar yang mengambil bahagian dalam persembahan
Sebahagian daripada hadirin majlis tersebut

No comments: