SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

18 April 2013

BROSUR PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL)



Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari JPN Sarawak bil. JPS(W)/SK2P(LAT)/153/08/02/01/Jld2(36) dan surat iringan dari PPD Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/03/04/ld.5(11) bertarikh 12 April, 2013 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan /National Profesional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) merupakan satu inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkasa pengurusan dan kepimpinan sekolah dengan menyediakan satu kelompok pemimpin pelapis sekolah yang bersedia memikul tanggungjawab kepimpinan sekolah yang kian mencabar.

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, salah satu inisiatif untuk melonjakan kualiti pendidikan Negara ialah dengan memantapkan kepimpinan serta pengurusan sekolah dan NPQEL menjadi satu wadah terpenting kearah merealisasikan hasrat ini.

Sehubungan dengan itu, pegawai di peringkat sekolah yang berminat laluan kerjaya sebagai bakal pemimpin peringkat sekolah digalakkan untuk memohon kursus ini.

Bagi pegawai/guru yang berminat, sila dapatkan salinan surat siaran tersebut dari KPT sekolah pada waktu pejabat untuk rujukan dan tindakan.

Salinan surat siaran dalam bentuk “soft copy” juga telah dihantar melalui email kumpulan sekolah (sksedc@yahoogroups) kepada kepada semua staf sekolah ini.

Sekiranya tuan/puan menghadapi sebarang masalah/kemusykilan tentang perkara ini, sila berhubung terus dengan Puan Noorlela bt. Mohd Suhaili di talian 082-473425 atau Encik Shahrinaz Bin Barahim di talian 082-473424.

No comments: