SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

18 April 2013

URUSAN PEMANGKUAN HAKIKI BIDANG UMUM / TEKNIKAL / PENDIDIKAN ISLAM



Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu

Surat siaran dari PPD Sibu bil JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/09/03/15(06) bertarikh 12 April 2013 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Sukacitanya dingatkan kepada semua guru bahawa urusan kenaikan pangkat seperti yang tersebut diatas akan dijangka dilaksanakan pada bulan April dengan menggunakan data dalam portal ePangkat.

Sehubungan dengan itu, untuk memastikan setiap orang guru mempunyai data yang terkini dan tepat dalam portal epangkat bagi mengelakkan tercicir daripada urusan kenaikan pangkat kali ini, semua guru (semak data masing-masing) dan guru data sekolah dipohon untuk mengemaskini semua data dalam portal tersebut secepat mungkin.

Panduan untuk menyemak data dalam portal tersebut telah diemail kepada semua staf melalui email kumpulan ia iti sksedc@yahoogroups.com.

No comments: