SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

08 October 2013

MAKLUMAT TAMBAHAN YANG PENTING DARI JABATAN AKAUNTAN NEGARA

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu.

Adalah dimaklumkan bahawa mulai 11 September 2013, Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan dalam laman sesawang Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah ditambahbaik dengan beberapa ciri keselamatan seperti berikut:

1. Pengguna perlu kemaskinikan maklumat nombor telefon bimbit dan alamat email masing-masing. Maklumat ini bertujuan untuk membolehkan sistem menghantar notifikasi melalui emel dan sms sekiranya pengguna reset katalaluan dan mendaftar semula.

2. Pengguna yang ingin mendaftar semula perlu menguncimasuk (key in) satu lagi maklumat tambahan iaitu nombor akaun bank (sebelum ini hanya perlu nombor KP dan No. Gaji sahaja untuk mendaftar semula) Ini bertujuan untuk mengelakkan orang yang tidak bertanggungjawab/sepatutnya reset katalaluan dan daftar semula akaun anda.

3. Pengemaskinian maklumat di atas MESTI melalui sistem ePenyata Gaji dan eLaporan sahaja.

No comments: