SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

29 October 2013

KEPUTUSAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPPLD GRED DGA29 KE GRED DGA 32 SECARA TIME BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN TAHUN 2013 DI KPM

Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia buat semua warga SK SEDC, Sibu.


Seluruh warga SK SEDC, Sibu ingin merakamkan ucapan Syabas & Tahniah kepada guru-guru yang tersenarai di bawah ini kerana telah berjaya dinaikkan pangkat dari gred DGA 29 ke gred DGA32 secara Time Based berasaskan kecemerlangan tahun 2013.Semoga kejayaan  dan kenaikan pangkat mereka ini akan menjadi pendorong kepada mereka untuk memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang pada masa-masa akan datang. Kejayaan dan kenaikan pangkat mereka ini juga diharap akan menjadi pembakar semangat dan contoh serta tauladan kepada rakan-rakan yang lain untuk bekerja dengan lebih cemerlang lagi bagi memburu kejayaan yang serupa pada masa akan datang.

Guru-Guru yang tersebut adalah seperti berikut:

1. PUAN KONGAI HUNG (BERKUATKUASA 03.01.2013)
2. USTAZAH NURAIN BINTI ARSHAD (BERKUATKUASA 12.01.2013)

No comments: