SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

31 October 2012

IKLAN BIASISWA PENERAJU TUNAS GELIGA

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia semua warga SK SEDC, Sibu,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA ada menawarkan Biasiswa Peneraju Tunas Geliga bagi lepasan UPSR yang berpotensi dari persekitaran yang mencabar, kawasan luar Bandar dan berprestasi sederhana. Pelajar-pelajar yang terpilih akan ditempatkan dalam suasan yang lebih kondusif untuk pembelajaran dan juga pembangunan jati diri mereka. Disamping program akademik, pelajar-pelajar akan diasuh dari segi kemahiran berkomunikasi, penguasaan Bahasa Inggeris, pemupukkan nilai-nilai murni, pembinaan kemahiran serta pemerkasaan keyakinan diri.
Pemohon adalah melalui laman web www.penerajuedu.com. Tarikh permohonan adalah dari 29 Oktober, 2012 hingga 29 Oktober, 2012.
Jasa baik semua guru kelas Tahun 6 (Tahun 2012) dipohon untuk menghebahkan perkara ini untuk makluman dan tindakan pelajar masing-masingdan seterusnya membantu mereka yang berminat memohon melalui online (jika perlu). Sila dapatkan salinan iklan tersebut dari email masing-masing atau dari PK HEMK/KPT sekolah pada waktu pejabat.

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih kerana tolong menghebahkan Program Biasiswa kami. Pembaca-pembaca jugak boleh follow atau like FB kami di www.facebook.com/penerajuEdu untuk berinteraksi bersama kami jika ada soalan tambahan mengenai apa-apa dan juga untuk maklumat lanjut mengenai program lain kami :)

Azrul
Communications, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera