SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

23 January 2013

PERMOHONAN PROGRAM SIJIL KELAYAKAN PROFESIONAL UNTUK PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) BAGI TAHUN 2013 ANJURAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI (IAB)


Salam sejahtera semua staf SK SEDC, Sibu

Surat iringan dari Pegawai Pelajaran Daerah Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/03/04/Jld.5(04) bertarikh 18 Januari 2013 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa Institut Aminuddin Baki (IAB) akan menganjurkan Program Kelayakan Profesional Untuk Pemimpin Pendidikan Kebangsaan / “National Profesional Qualification for Education Leaders” (NPQEL) di bawah Program Latihan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Akademik untuk Pegawai Perkhidmatan (PPP) yang layak. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan dan menggunakan kaedah bersemuka (face to face) dan juga e-learning supaya PPP yang memohon tidak perlu mohon Cuti Belajar dan melepaskan jawatan hakiki yang disandang.

Mulai tahun 2013 peserta daripada Sarawak yang terpilih akan mengikuti program ini di pusat pembelajaran yang bertempat di Sarawak. Selain itu, segala kos perjalanan perserta Ambilan 2013 dan ambilan seterusnya akan ditanggung oleh pihak IAB.

Bermula tahun 2013 juga, permohonan bagi mengikuti Kursus NPQEL boleh dibuat sepanjang tahun secara atas talian di laman sesawang http://www.iab.moe.gov.my/npqel.

Permohonan yang dibuat hendaklah memenuhi syarat yang telah ditetapkan dan dikemukakan kepada Unit Latihan dan Kemajuan Staf. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan berhubung perkara ini bolehlah diajukan kepada Unit Latihan dan Kemajuan Staf, Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan dengan menghubungi pegawai-pegawai berikut:

Encik Kuswady Bin Chil (082-473410)
Puan Noorlela Bt Mohd Suhaili (082-473425)

No comments: