SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

23 January 2013

PERUBAHAN TARIKH TAKLIMAT MENGENAI PROGRAM AKADEMIK EKSEKUTIF SARJANA PENDIDIKAN DARIPADA UNIVERSITI SULTAN IDRIS


Salam sejahtera semua staf SK SEDC, Sibu

Surat iringan dari Pegawai Pelajaran Daerah Sibu bil. JPS(W)/PPDS(Perk)/153/08/03/03/Jld.10(22) bertarikh 18 Januari 2013 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa UPSI Holdings Sdn Bhd dengan kolaborasi Universiti Pendidikan Sultan Idris sedang mempromosikan Program Eksekutif Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan), Sarjana Awal Kanak-Kanak, Sarjana Pendidikan Sains Sukan, Sarjana Pendidikan TESL, Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu, Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dan lain-lain lagi program mengikut permintaan kepada guru-guru di kawasan Sibu yang berminat untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana.

Merujuk surat UHSN/COO/1338, tarikh taklimat adalah pada 26.01.2013 (Sabtu) tetapi pihak UHSB mendapat maklumat bahawa pada tarikh tersebut guru-guru di kawasan Sibu terpaksa menghadiri kelas ganti sempena Tahun Baru Cina. Oleh disebabkan itu, tarikh taklimat akan diubah seperti butiran-butiran berikut:

Tarikh : 27 Januari, 2013 (Ahad)
Waktu : 10.30 pagi
Tempat : Hotel RH, Sibu, Sarawak

No comments: