SELAMAT DATANG KE BLOG SK SEDC, SIBU

07 January 2013

TAKLIMAT SARJANA PENDIDIKAN/PhD



Salam sejahtera semua warga SK SEDC, Sibu.

Surat iringan bil. JPS(W)/PPDS(Ups)/153/02/13/07/Jld.21 (02) bertarikh  26 Disember, 2012 dan surat siaran dari Education Training Center bertarikh 18.12.2012 juga berkenaan perkara tersebut dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Education Training Center dengan kerjasama UPSI Holding akan menganjurkan kursus Sarjana Pendidikan UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS di Sarawak/Sabah. Dua jururunding iaitu Tan Sri Prof. Dr. Khoo Kay Kim dan Dr. Laurence John akan menyelaras program sarjana ini.

Oleh itu  satu sesi taklimat untuk menyampaikan maklumat ini kepada guru-guru sekolah menengah/rendah yang berminat akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh  :           19 Januari 2013
Masa    :           4.30 pm
Tempat:           Institut Methodist Pilley, Sibu

No comments: